Tuesday, December 6, 2022

Mario Gomez minta gaji RM177,500, FAM  cari jurulatih lain

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Harapan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan khdimat jurulatih asal Argentina, Mario Gomez  untuk melatih skuad kebangsaan kelihatan tidak akan menjadi kenyataan.

Puncanya, bekas jurulatih JDT itu meminta gaji yang lebih tinggi daripada ditawarkan FAM.

“Saya dimaklumkan bahawa Mario Gomez menafikan bahawa beliau meminta gaji yang tinggi. Kami menawarkan AS$25,000 (RM110,900) kepada beliau tetapi beliau meminta AS$40,000 (RM177,500),” kata Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FAM, pada Khamis.Untuk itu, sebagai ganti, ujarnya, FAM akan mencari individu lain yang benar-benar berminat  membimbing skuad kebangsaan.

“Adakah itu bukan beliau meminta lebih daripada apa yang kami tawarkan? Tidak mengapalah. Kami akan cari individu lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih Malaysia,” katanya. Tambahnya lagi, beliau sudah menetapkan satu dasar di mana setiap jurulatih luar negara perlu dibantu oleh jurulatih anak tempatan.

“Bukankah Tan Cheng Hoe sekarang adalah jurulatih anak tempatan yang bagus? Saya sedang melakukan kerjasama yang terbaik untuk skuad kebangsaan tetapi penyokong semua bising kata ‘jangan ambil dialah’, ‘pilih orang lainlah’.

“Kami telah memulakan projek ini dan meminta beberapa nama untuk dipilih, dan nama Cheng Hoe tersenarai dan dilihat sebagai jurulatih yang terbaik buat masa sekarang.

“Bukankah untuk memilih yang terbaik bagi membimbing pasukan kebangsaan adalah keutamaan kita? Betulkah anda semua sayangkan pasukan kebangsaan? Dan betulkah anda semua inginkan perubahan? Apa yang anda semua nak sebenarnya?” tambah beliau lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru