Ekoran serangan gas sarin: AS lancar puluhan Tomahawk hentam Syria

0
3

MOSCOW: Jurucakap kerajaan Rusia, Dmitry Peskov, mengatakan serangan peluru berpandu Amerika Syarikat ke atas Syria, hari ini, Jumaat (7/4) boleh merosak hubungan kedua-dua negara.

Langkah Washington dapat merosak hubungan AS-Rusia yang sebelum ini tidak baik kata Peskov, menurut laporan AFP.

Menurut CNN, Presiden Rusia Vladimir Putin, menganggap serangan ini sebagai pelanggaran ke atas negara berdaulat.

Sejak serangan dilancarkan, pelbagai pihak khuatir peningkatan risiko konfrontasi dengan Rusia dan Iran yang menyokong Assad.

Sementara, AS mengaku sudah menghubungi dengan Rusia sebelum melontarkan puluhan buah peluru berpandu Tomahawk dari kapal perangnya di Laut Mediteranean.

Serangan ini didakwa sebagai respons Trump atas serangan senjata kimia di Idlib yang disebutnya sebagai jenayah dilakukan kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar al-Asad.

Gas beracun sarin dilapor mengorbankan  puluhan warga awam.

Trump memerintah AS melakukan serangan ke atas Syria selepas Assad membunuh warga Idlib dengan gas beracun tersebut. – Sarawakvoice