AS lancar 50 Tomahawk musnahkan pangkalan Homs, bunuh empat tentera Syria

0
4

DAMASCUS: Serangan peluru berpandu Tomahawk Amerika Syarikat ke salah satu pangkalan udara Syriah di Homs pada Jumaat, hari ini dilapor mengorbankan sekitar empat tentera Syria.

Ketua Syrian Observatory for Human Rights, Rami Abdel Rahman, seperti dilaporkan AFP berkata serangan dilancarkan sebagai tindak balas AS ke atas tindakan Presiden Bashra al-Assad menggunakan gas kimia membunuh puluhan orang awam di Idlib pada Rabu lepas.

Pangkalan udara di Homs dilaporkan hampir hancur sepenuhnya.

Menurut Rahman, serangan peluru berpandu Tomahawk itu turut merosak pejabat di daerah Shayrat, pangkalan pemerintah paling penting di Homs.

Kini, hanya pangkalan udara Latakia yang memiliki kemudahan lengkap di situ.

Di pangkalan itu didakwa terdapat peralatan Rusia, sekutu Bashar dalam membunuh rakyatnya sendiri yang memberontak di Aleppo.

AS mendakwa mereka sudah berhubung dengan Rusia sebelum melancarkan serangan berkenaan mengelak berlaku persengketaan besar.

Sebanyak 50 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan dari kapal perang Angkatan Laut Amerika Syarikat di Laut Mediteranean, kata seorang pegawai AS yang enggan disebut namanya. – Sarawakvoice