Sunday, January 23, 2022

Semua saluran digerakkan cari rakyat Malaysia hilang

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah menggerakkan usaha pencarian dua rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang sebaik tiba di Jakarta pada 30 Mac lepas melalui saluran rasmi yang ada.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata pihak kedutaan telah menerima aduan mengenai kehilangan Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, dan Mohamad Shafa Ahmad, 29, pada 4 April.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan terus berusaha dengan menggunakan semua saluran yang ada untuk menjejaki kedua-dua individu yang hilang ini,” katanya.

Wisma Putra berkata pihak kedutaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia untuk mengesan kedudukan terkini mereka.

Wisma Putra juga memaklumkan pihak keluarga kedua-dua individu berkenaan juga sedang berhubung rapat dengan Kementerian Luar. Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru