Thursday, August 18, 2022

Wanita lenyap selepas berteriak minta tolong dan jerit mati di Jemoreng

Secara Rawak

MATU: Seorang wanita warga emas dikhuatiri hilang ketika dalam perjalanan memancing ikan di ulu Sungai Selaie, Kampung Jemoreng, dekat sini pagi tadi.

Sumber memberitahu, wanita yang berseorang dalam perahu itu sedang berpecah daripada rakan-rakannya yang menaiki perahu lain.

“Mereka menyedari mangsa yang dikenali sebagai Umik Agih atau nama sebenarnya Hawanah Mohamad hilang selepas mendengar teriakan terakhir mangsa yang meminta tolong dan berkata “Mati Aku!”.

Apabila rakan-rakannya tiba untuk memberi pertolongan, mereka hanya menemui perahu dan seraong atau terendak Melanau yang terapung.

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) kini digerakkan oleh angkatan Pertahanan Awam Daro dan pihak polis Matu Daro, selain penduduk kampung.

Sumber memberitahu, pasukan penyelamat tidak menolak faktor serangan buaya memandangkan sebelum ini reptilia tersebut pernah terjerat pada jaring ikan penduduk.

Difahamkan, beberapa penduduk kampung di sekitar Kuala Matu turut mendakwa pernah ternampak kelibat buaya di situ.

Mangsa berusia 76 tahun. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru