Friday, September 30, 2022

Mahathir: Berani kerana benar, takut kerana salah

Secara Rawak

BANDARAYA MELAKA: Bagai  sebuah drama antiklimaks, debat yang ditunggu-tunggu antara dua tokoh kini tidak akan menjadi kenyataan atas alasan polis menerima bantahan daripada penduduk sekitar.

Maka, beralasan jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  kecewa apabila dimaklumkan bahawa pihak polis menarik balik kebenaran untuk debat tersebut, sambil menyatakan, “berani kerana benar, takut kerana salah.”

Debat antara beliau  dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada awalnya telah mendapat permit daripada polis.

Debat itu dijadualkan diadakan pada 7 April ini di pejabat akhbar penganjur.

Mengakui bahawa tindakan itu bukan mengejutkan, Mahathir berkata ia sesuatu yang sudah dijangka dari awal.

“Saya sudah jangka dia memang tidak berani, namun saya tetap tunggu sekiranya ada peluang lain,” katanya kepada media.

“Berani kerana benar, takut kerana salah,” katanya pada Program Bicara Rakyat Perdana anjuran Parti  Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Taman Paya Rumput Bestari, Melaka malam tadi.

“Bukan ada siapa pun yang duduk di situ, yang ada cuma kilang sahaja katanya ketika berucap,” tegas Pengerusi Bersatu itu.

Dialog anjuran Sinar Harian itu sepatutnya diadakan di pejabat akhbar Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam

Dr Mahathir berkata, alasan tersebut bagaikan orang yang takut.

Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, pembatalan itu dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat.

“Saya memohon maaf kepada semua pembaca Sinar Harian, Dr Mahathir dan Mohamed Nazri.

“Alasan yang diberikan adalah bantahan penduduk dari sekitar kawasan tersebut dan setelah dikaji dan ditimbang dari segi ketenteraman awam dengan ini kelulusan permit himpunan aman dibatalkan,” beliau dipetik sebagai berkata. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru