Friday, August 19, 2022

Dua ditangkap cetak duit palsu di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Tindakan bertanggungjawab seorang kakak membawa kepada penangkapan adik kandungnya yang disyaki mencetak wang palsu pada Rabu lalu.

Kakak berkenaan yang berusia 19 tahun membuat laporan aktiviti adiknya yang berusia 16 tahun selepas mendapati dalam bilik tidurnya di Satok terdapat mesin pencetak, fotostat, spray clear, lilin, kertas A4, pembaris, pisau pemotong dan beberapa keping kertas yang disyaki duit palsu.

Bertindak atas maklumat tersebut, polis melakukan dua serbuan dan menahan dua suspek yang terlibat, masing-masing di Matang dan Tupong Tengah.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas seunit mesin fotostat/pencetak jenis Fuji Xerox CM205f, mesin pencetak/pengimbas jenis HP Desk Jet Ink Advantage 3635, cat spray jenis Nippon 400ml dan 14 keping wang kertas RM100 disyaki palsu.

Turut disita seunit Money Detector Voltage Ac23 Dv 50 Hz, jar warna Light Blue, kertas aluminium jenama Diamond dan plastik warna hitam.

Dalam serbuan kedua, sebanyak lapan keping wang kertas RM100 dirampas.

Kedua-dua suspek telah dikenakan tahanan reman dan kini ditahan dia dua lokap berasingan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru