Berita palsu, berita benar

Apakah itu Sebenarnya.my?

Laman web baharu yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menangani masalah penyebaran berita palsu yang kronik.

Rata-rata tiada siapa yang boleh menbezakan berita palsu dengan berita benar.

Bagaimana dengan half-baked story? Half-baked idea?

Khalayak membaca pun berpaksikan tulisan dan infografik yang sehaluan dengan persepsi mereka.

Cabaran paling utama adalah bagaimana menangani persepsi semua berita daripada kerajaan adalah ‘berita palsu’.

Bukan sesuatu yang luar biasa jika terbaca berita seperti “Many Malaysians cannot tell the difference between real and fake stories” (dilaporkan oleh The Star pada 23 Dec 2016).

Baik “Weeding out fake news” oleh Sin Chew Daily dalam FMT (3 Feb 2017).

Sedar tidak sedar itulah yang berlaku pada masa sekarang selepas propaganda demi propaganda dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sampai begitu mudah sekali hendak menjadikan sesuatu berita itu tular dengan mengaitkannya dengan Lo Shi Mah atau RM.

Hampir begitu mudah sekali menjadikannya viral dengan mengaitkannya dengan ‘Jibby’ istilah yang diubah suai untuk perkataan ‘jibai’ kerana sebutan ‘by’ tu bunyinya sama dengan ‘bai’.

Sebarang inisiatif untuk menggubal perundangan komunikasi yang sedia hanya akan terbantut kerana pasti ada pihak yang memutar-belitkannya dengan usaha menyekat kebebasan bersuara.

Datuk Dr. Salleh Said Keruak sejak mengambil alih sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia cuba sedaya upaya memfokus kepada meningkatkan literasi media digital dalam kalangan rakyat Malaysia.

Langkah yang bertujuan mengisi kelompang yang jelas terlepas pandang ketika Malaysia mula memberi penekanan kepada penggunaan Internet pada pertengahan 1990-an.

Negara lain tampil dengan usaha mendidik masyarakat dengan pengetahuan menggunakan Internet.

Bukan senang tiba-tiba mahu menggesa melahirkan budaya intelektualisme, mendesak suatu anjakan paradigma.

Kelompang yang wujud dari awal pengenalan komputer dan Internet di Malaysia. Kerajaan galakkan rakyat Malaysia mendekati komputer dan Internet tetapi terlepas pandang program-program pendidikan sepertimana di negara-negara lain.

Akhirnya semua berguru dengan diri sendiri terutamanya bukan susah pun mahu guna komputer atau smartphone tu.

Ada sesiapa berani tuduh siapa-siapa tidak pandai menggunakan media sosial hari ini? Jangan menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia.

Inilah peluang oportunis untuk memanipulasi situasi ini untuk mencapai agenda tersembunyi mereka.

Kalau berlainan ideologi politik pun apa salahnya baca berita daripada beberapa sumber yang berlainan?

Bukan kempen beterusan mengajak rakyat boikot saluran-saluran media tertentu seperti TV3 suku, Utusan UMNO, dan sebagainya yang membimbangkan tetapi berita-berita tanpa by-line tanpa sumber yang diedarkan dalam media sosial terutamanya WhatsApp bukankah lagi dicurigai.

Taruh sahaja apa-apa kapsyen gambar cukup sudah untuk mengelirukan, memesong daripada hal sebenar.

Generasi baharu celik teknologi tiada orang boleh nafikan. Ibu bapa juga yang belikan untuk mereka.

Bukan sahaja remaja tetapi budak-budak seusia dua  atau tiga tahun pun sudah mula main iPad ataupun smartphone. Ibu bapa beli sahaja, anak-anak berguru sendiri apa mereka suka dan cara menggunakannya.

Maklumat palsu dan portal yang negatif bukan sahaja mengelirukan tetapi kesan-kesannya turut melibatkan kerugian duit dan terlepas peluang-peluang untuk maju ke depan.

Kanak-kanak ini mangsa keegoan dan sikap hipokrit ibu bapa sebenarnya. Saja mahu show off kepada kawan-kawan mereka anak mereka ada iPad. Adakah mereka mendidik anak-anak mereka tentang penggunaan teknologi itu? Paling-paling melompat bising apabila keputusan peperiksaan tidak bagus atau bil telefon melonjak naik.

Tidak dinafikan juga teknologi itu sudah menjadi sebahagian daripada keperluan generasi baharu masa kini.

Sebahagian daripada mereka berasa malu dengan rakan-rakan mereka malahan jika ibu bapa tidak belikan berkecenderungan tinggi berlaku pemberontakan emosi dalam jiwa mereka, menjerumus kepada menuduh ibu bapa macam-macam, mengungkit mengapalah ibu bapa mereka tidak menonjol, tidak berjaya seperti ibu bapa rakan-rakan mereka, bukan pengawai tinggi kerajaan, bukan tauke besar, dan sebagainya.

Macam tiada juga ungkapan kata-kata yang hendak disampaikan kepada anak-anak sebegitu yang rata-rata tidak sedar ibu bapa mereka sebenarnya adakala pun termenung merenung jauh mengharapkan anak-anak mereka lagi hebat, lebih cemerlang daripada anak-anak orang lain.

Baik apa sekalipun kita sebenarnya perlu objektif dan pragmatik. Akses kepada sumber-sumber yang berlainan dan pastikan kesahihanya.

Dalam pada itu sebaik-baiknya Sebenarnya.my ialah aplikasi Apps sama ada dalam Android atau iOS untuk orang awam hantar maklumat mereka yang terima untuk semak dapatkan pengesahan benar atau palsu, atau

Sebenarnya.my merupakan gateway apps untuk membuat laporan terhadap MCMC sekiranya ada berita atau infografik yang palsu sedang diviralkan dalam media sosial. – Sarawakvoice