Thursday, September 29, 2022

Untuk lepasan SPM, STPM: Kunjungi Karnival Pendidikan Mara di Hills, terakhir hari ini

Secara Rawak

KUCHING: Pelajar lepasan SPM dan STPM yang masih belum membuat keputusan menyambung pendidikan ke mana-mana pusat pendidikan dipelawa mendapatkan maklumat tambahan berkaitan peluang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

Karnival Pendidikan Mara 2017 masih berlangsung hari ini di pusat beli-belah The Hills Shopping Mall, Kuching.

Di Kuching, karnival anjuran bermula Khamis dan berkahir hari ini, Jumaat.

Karnival berkenaan yang berlangsung di seluruh negara merupakan platform bagi pelajar lepasan SPM serta STPM mendapat maklumat berkaitan peluang pengajian yang ditawarkan.

Pada masa yang sama para belia yang sedang mencari peluang pekerjaan dan hala tuju kerjaya mereka turut dipelawa ke karnival ini mendapatkan maklumat berkaitan peluang kerjaya belia.

Mara sentiasa meletakkan kepentingan pendidikan di hadapan dan memberi peluang kepada setiap pelajar menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, tidak kira apa sahaja keputusan peperiksaan mereka.

Menerusi karnival ini, pengunjung boleh mendapatkan maklumat berkaitan bidang pengajian bersesuaian yang disediakan oleh institusi pengajian yang terlibat mengikut minat dan kelayakan akademik mereka.

Sarawak merupakan lokasi ke-10 karnival pada tahun ini di seluruh negara disertai 41 institusi Matra, swasta dan awam yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan peluang pengajian kepada pelajar.

Mara pada karnival ini turut mengadakan pelbagai aktiviti seperti Ceramah Pendidikan Keusahawanan, Taklimat Kemudahan Pendidikan, Scrabble Race, Jualan Food Truck serta pertandingan inovasi bagi pelajar mempamerkan bakat masing-masing.

Karnival Pendidikan Mara 2017 anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) sudah berlangsung Februari lepas dan berakhir April ini di 14 lokasi di seluruh Malaysia.

Sebelum ini sudah berlangsung sembilan siri jelajah karnival ini dan Sarawak merupakan lokasi ke-10.

Jadual seterusnya karnival akan bergerak ke Selangor 1-2 April 2017 Anggerik Mall, Shah Alam, Kedah 1-2 April 2017, Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar, Terengganu 8-9 April 2017 Terengganu Trade Center (TTC), Kuala Terengganu dan terakhir Negeri Sembilan 8-9 April 2017, Mydin Mall, Seremban.

Selain itu, ibu bapa serta calon yang masih memerlukan penjelasan lanjut berkaitan peluang melanjutkan pelajaran anak sila hubungi 03-26134859/60/54 atau Faks: 03-26927386 atau layari Facebook: Karnival Pendidikan Mara.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru