Polis Bintulu cekup dua pencuri kabel hasil maklumat awam

0
15

BINTULU: Keprihatinan orang awam malam tadi membolehkan polis mencekup dua individu yang cuba mencuri kabel elektrik di hadapan Kampung Nelayan di, Jalan Similajau, Tanjong Kidurong dekat sini.

Ketua Polis Bintulu, Superintendan Zailanni Amat memberitahu, polis memberkas dua individu terbabit setelah mendapat maklumat awam sekitar jam 11.58 malam.

“Penduduk berkenaan telah melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang memotong kabel elektrik, lalu menghubungi pihak polis.

” Balai Polis Kidurong kemudian memberi respons dengan menghantar kereta peronda yang kemudian berjaya memberkas dua lelaki terbabit.

Katanya, turut dirampas dua buah motosikal, dua batang spanar boleh laras, pemutar skru, pemotong dawai, sarung tangan, tiga gulung kabel dan sebilah gergaji.

“Dua suspek terbabit, rakyat tempatan kini sedang dalam tahanan reman.

Pada masa yang sama katanya, polis masih menunggu pemilik kabel membuat laporan polis berhubung kehilangan kabel mereka.

Polis katanya, tidak akan berkompromi terhadap isu kecurian barangan lusuh. – Sarawakvoice