Tuesday, December 6, 2022

TMJ sifatkan jawatan Presiden satu pengorbanan, tanggungjawab

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak menganggap jawatan  itu sebagai satu kejayaan bagi baginda.

Kata TMJ, tugas sebagai presiden bukan sesuatu yang diingininya  sebaliknya baginda menyifatkannya sebagai satu tanggungjawab demi sebuah pengorbanan.

“Bagi saya, pergi FAM bukan satu kejayaan tetapi ia adalah satu beban dan tanggungjawab,” katanya laman Facebook Johor Southern Tigers.

“Saya tidak pernah mahu menjadi presiden. Tetapi kadang kala mereka perlu berkorban untuk apa yang mereka sayang,” ujarya.

Pada Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Ke-53 Sabtu lalu, Tunku Ismail dilantik sebagai presiden apabila menang tanpa bertanding selepas seorang lagi calon, Tan Sri Annuar Musa mengambil keputusan menarik dua hari sebelum itu.

TMJ disifatkan tokoh paling layak menerajui persatuan sukan nombor satu negara itu yang sekian lama dibelenggu dengan pelbagai isu.

FAM memerlukan seorang yang ada tegas, memiliki visi, dan mampu melaksanakan segala perancangan untuk kebaikan sukan berkenaan.

TMJ berjaya melonjakkan prestasi bolak sepak Johor dengan gaya kepemimpinan yang meyakinkan dan menyerlah.

Langkah awal yang diambilnya termasuk melantik Mario Gomez dari Argentina sebagai jurulatih pasukan kebangsaan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru