Tuesday, December 6, 2022

SEB-SFC bekerjasama tingkatkan pemuliharaan penyu di S’wak

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) pernah bekerjasama memulihara alam sekitar dalam operasi memantau dan menyelamat hidupan liar (WiMOR).

Kini, sekali lagi SEB-SFC bergandingan dalam kerjasama meningkatkan pemuliharaan penyu dan menggalakkan ekopelancongan di tapak pendaratan penyu di Taman Negara Tanjung Datu, Pulau Talang-Talang Besar dan Pulau Talang-Talang Kecil.

Disaksikan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg SEB-SFC  memeterai memorandum persefahaman (MoU) pada Selasa membolehkan SEB menyediakan sanktuari tenaga hijau menggunakan sistem berpusat suria.

Perjanjian tersebut turut membolehkan SEB menilai penggunaan teknologi suria baharu di pedalaman.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SEB Sharbini Suhaili, badan itu membekalkan Taman Negara Tanjung Datu dengan tenaga kuasa suria 10kW, Pulau Talang-Talang Besar (8kW) dan Pulau Talang-Talang Kecil (6kW).

Penggunaan tenaga hijau bebas karbon bertujuan melindungi kawasan terbabit selain menjadikannya lebih kondusif untuk pemuliharaan penyu.

Buat masa ini, tiga sanktuari penyu terbabit menggunakan generator diesel dengan kos tinggi dan masa operasi yang terhad. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru