MAMUJU, SULAWESI: Akbar Salubiro, 25, pengusaha sawit di Mamuju Tengah, di pedalaman Sulawesi Barat, Indonesia seperti biasa turun ke kebun mengutip buah sawit sekitar 7 pagi Ahad lepas.

Sehingga keesokan harinya, Akbar tidak pulang rumah dan ahli keluarganya risau akan keselamatannya.

Sibuk mencari Akbar di kebun sawit, warga setempat yang turut serta dalam pencarian terserempak dengan seekor ular sawa sepanjang 7 meter sekitar 10 malam.

Ular sawa tersebut sarat berperut buncit, keletihan dan sukar bergerak di kebun milik mangsa.

Tribunsulbar.com pada Selasa melaporkan, salah seorang penduduk Korossa di Mamuju Tengah yang turut menyertai operasi mencari berkata, “Buah sawit yang dikutip bertaburan, mungkin dia (Akbar) diserang dari belakang.”’

Setiausaha Desa, Junaedi memberitahu wartawan, penduduk ada terdengar suara orang menjerit sekitar 1 petang, tetapi tidak mempedulikannya kerana menyangka ia suara pemburu babi.

Penduduk Korossa menangkap ular sawa tersebut pada malam itu juga lalu membelah perut buncitnya dengan pisau sepanjang 18 inci.

Mereka menjumpai jasad Akbar berkubur tidak berafas lagi di dalam perut ular sawa tersebut.

“Ditemui di kebunnya, kasihan,” kata Satriawan, pemuda yang turut mencari Akbar.

Ular menelan mangsa dari kepala hingga kaki berpakaian lengkap, berseluar pendek dan berbaju-T! – Sarawakvoice