Kajian: Orang Korea paling terasa kehilangan selepas kematian pasangan

SEOUL: Orang Korea mengalami depresi paling berat di dunia selepas kematian pasangan, menurut kajian yang diterbitkan dalam Journals of Gerontology pada bulan ini.

Prof. Apoorva Jadhav  dari University of Michigan  telah menjalankan ujian depresi sebelum dan selepas kematian pasangan terhadap mereka yang berusia 55 ke atas di Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah, China dan Korea.  

Menurut Korea Times, beliau memilih responden daripada kajian longtitudunal tentang depresi yang dilakukannya dari  2010 to 2012.

Responden daripada kajian lalu termasuk 6,637 orang Amerika, 2,740 British, 5,811 orang Eropah, 7,834 orang China and 3,813 Korea.

Beliau meneliti bagaimana kehilangan pasangan memberi kesan terhadap mental pasangan pada skala 0 hingga 10.

Tinjauan Prof. Jadhav menunjukkan tahap depresi yang dialami orang Korea naik dari  3.49 ke 5.07 selepas kehilangan pasangan.

Depresi selepas kematian pasangan turut meningkat dalam kalangan orang Amerika (dari 1.25 ke 1.86), British (dari 1.57 ke 2.11) dan orang Eropah (dari 2.75 ke 3.60).

Tetapi kata laporan itu, bagi rakyat China,  menurun dari 4.24 ke 3.75.

Prof. Jadhav dalam artikel jurnal berkenaan berkata: “Kajian itu menyatakan bagaimana perasaan  individu terbabit selepas kehilangan pasangan dalam angka, yang turut memperlihatkan perbezaan ketara dalam kalangan negara terbabit.”

“Terdapat keperluan untuk kajian lanjut tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi meredakan kepedihan emosi apabila seseorang kehilangan pasangan.” – Sarawakvoice