Sunday, September 25, 2022

SK Tellian; masih adakah harapan untuk kembali ke tempat asalnya?

Secara Rawak

SK Tellian Mukah, umpama jejaka yang merantau jauh dan berjanji untuk kembali Ke pangkuan kekasihnya . Kekasihnya percaya dengan janji manis itu. Tetap merindu dengan setia walaupun hatinya berputik gundah gulana. Masih mengharap walaupun jejaka yang dirindui mungkin tidak akan kembali lagi.

Begitulah kisah SK Tellian yang terpaksa pergi sejak 12 tahun yang lalu lantaran terlalu uzur untuk dihuni oleh pelajarnya. Pelajarnya  terpaksa menumpang di SK Mulah sejak Januari 2004. Akibanya ibubapa perlu keluarkan belanja lebih untuk tambang pengangkutan anak-anak ke sekolah.

SK Tellian yang dibina pada tahun 1959 banyak berjasa kepada penduduk Kampung Tellian. Melahirkan pelajar yang hebat seperti Yb Yussibnosh Balo, Yb Tellian, Henry Laimon Nasroon, jurutera petroleum pertama Kampung Tellian, Datu Aidan Wing, mantan Yb Lambir, Professor Dr Jeniri Amir, Pensyarah Kanan Unimas dan Penganalisis Politik Nasional, Dr Anthony Valentine Laiseh, mantan Residen Sarikei, setakat menyebut beberapa nama yang terkenal. SK Tellian juga melahirkan ramai guru, akauntan, usahawan, atlet, jurutera, jurutera komputer, jururawat dan pelbagai lagi.

Beberapa butir janji telah di tabur oleh menteri setiap kali pilihan raya dan tidak hairan janji tersebut akan dilontarkan sekali lagi pada tahun ini dalam PRU-14.

Seribu janji telah ditaburkan untuk membina semula SK  Tellian. Pada 15 Mac 2014 pada pada PRK Balingian 19 juta telah dijanjikan tetapi hingga hari ini janji tinggal janji.

Siapa yang patut dipersalahkan? Adakah Menteri dan Yb kah yang patut dipersalahkan kerana janji janji  tidak menjadi realiti? Atau pengundi itu sendiri yang patut dipersalahkan kerana masih percaya dengan janji di bibir saja?

PRU-14 akan tiba tidak lama lagi, adakah janji manis yang serupa akan ditabur lagi?

Jika pengundi di Tellian masih belum serik lagi dengan janji palsu mungkinkah perkara yang sama akan berulanga-ulang. Bagaikan jejaka yang  telah melupai kekasih yang masih merindu  bayangan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru