CALIFORNIA: Mula-mula mengadakan demonstrasi membantah syarikat menebang pokok giant Redwood, kemudian wanita cekal itu mengajak rakan tinggal seminggu di atas pokok tersebut.

Betapapun, oleh kerana kesal tidak berpuas hati dengan syarikat yang menggondolkan hutan di Humbolt Country, aktivis bernama Julia Hill akhirnya tinggal di atas pokok raksasa itu selama dua tahun.

Tindakan ekstrem Hill tanpa mempedulikan nyawanya diambil demi menyelamatkan pokok yang sudah berusia 1,500 tahun daripada ditebang oleh syarikat Pacific Lumber.

Para aktivis yang mengadakan acara tersebut sebelumnya kerap mengadakan demonstrasi menjaga pokok giant redwood agar tidak ditebang oleh pekerja syarikat berkenaan.

Sebelum itu, demi meningkatkan usaha mereka, para aktivis meminta setiap orang tinggal di atas pokok giant redwood selama seminggu secara bergilir-gilir, namun ramai menolaknya.

Dengan nekad Hill tampil mengajukan diri melakukannya, namun dia tidak tinggal seminggu, tetapi meningkatkan demonstrasinya  tinggal di atas pokok selama dua tahun.

The Vintage News pada Isnin menceritakan Hill begitu teruja dan serius memperjuangkan alam sekitar selepas dia kemalangan semasa dalam perjalanan menuju California mengumpul dana pada acara reggae.

Dana tersebut diadakan bagi menyelamat wilayah hutan penting agar tidak ditebang.

Kemalangan 1997 itu hampir meragut nyawa Hill.

Semenjak itu, dia nekad memperjuangkan isu alam sekitar dan sanggup melakukan apa sahaja langkah ekstrem menyelamatkan hutan daripada dimusnahkan secara komersial oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab. – Sarawakvoice