[Kolumnis] SRK Kampung Tellian: Janji yang tak ditepati

0
13

Buat janji memang mudah. Malah, bukan pemimpin politik kalau tidak pandai berjanji.

Walaupun janji itu kemudiannya tidak dikotakan atau gagal ditunaikan.

Satu daripada isu yang sering dibangkitkan setiap kali pilihan raya, tidak kira pilihan raya umum, pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil ialah tentang SRK Kampung Tellian.

Kini sudah ada makna lain bagi GST – Gaan Sekul Tellian – maksudnya di mana Sekolah Kampung Tellian.

Daripada wakil rakyat biasa hinggalah Timbalan Perdana Menteri. Namun janji tinggal janji.

Memang mudah untuk menunduk pengundi di Kampung Tellian. Taburkan janji, maka mereka akan mengundi calon BN.

Selepas pilihan raya, persetankan dengan semua janji itu.

Sampai bilakah murid dari kampung berkenaan menumpang di sekolah lain, jauh dari kampung?

Atau memang ibu bapa dan penduduk kampung merestuinya?

Mengapa sekolah itu perlu dibina  semula di tempat asalnya?

Sekolah itu telah ditinggalkan lebih 12 tahun, atas alasan tidak selamat digunakan kerana buruk dan dimakan anai-anai.

Sekolah itu punya sejarah panjang, dibina sebelum Malaysia, dan telah melahirkan banyak orang terpelajar.

Namun bukan hanya kerana faktor berkenaan yang menyebabkan sekolah itu perlu dibina semula di tempat asal tetapi faktor-faktor lain.

Pertama, faktor kos. Ibu bapa terpaksa berbelanja besar untuk pengangkutan anak-anak mereka untuk menghantar anak yang bersekolah di bandar Mukah.

Kedua, dari segi keselamatan.

Ketiga, ketidakselesaan.

Maka, memang wajar sekolah itu dibina.

YB dan pemimpin politik sekalian, tunaikan janji yang telah ditaburkan.

Kepada pengundi, adakah anda bersedia untuk ditipu hidup-hidup sekali lagi menjelang pilihan raya umum nanti?