Wednesday, December 7, 2022

Jamal Baju Merah tarik perhatian ramai lagi

Secara Rawak

SABAK BERNAM: Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos  mendakwa Adun Sekinchan Ng Suee Lim telah mengeluarkan wang peruntukan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) berjumlah puluhan ribu ringgit untuk kepentingan peribadi.

Justeru, sekitar 10.20 pagi tadi, beliau yang lebih dikenali sebagai Jamal Baju Merah membuat laporan polis  di Balai Polis Sekinchan di sini berkaitan dakwaan salah guna kuasa dilakukan Suee Lim.

Jamal juga sempat menyampaikan ucapan.

Kata Jamal: “Saya ingin bertanya kepada Suee Lim mengapa mengeluarkan duit daripada ATM bank lebih daripada sepatutnya yang diberikan kepada waris-waris yang meninggal dunia di bawah Skim (Mesra Usia Emas (SMUE).”

Beliau mendakwa Suee Lim seorang wakil rakyat daripada DAP yang tidak amanah dan tidak jujur.

Jamal berkata beliau sanggup disaman jika berbohong.

Jamal diiringi Penasihat Undang-Undangnya, Datuk Mohd Imran Tamrin dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Besar, Ng Boon Kiong.

Jamal terkenal dengan tindakan aneh termasuk membawa keranda dan bertuala mandi di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru