Tuesday, December 6, 2022

Polis Dubai guna Bugatti Veyron untuk lakukan rondaan; tiada apa lagi hendak dibanggakan pemilik kereta elit mewah

Secara Rawak

Kereta super mewah Bugatti Veyron, bukan lagi eksklusif kepada golongan elit.

Sebaliknya ia kini digunakan sebagai kenderaan peronda polis Dubai dan mungkin muncul sebagai antara kereta polis terpantas di dunia.

Itulah hakikatnya di bandar raya yang menjadi pemilik bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa itu.

Ia bukan menghairankan sebenarnya kerana Emeriyah Arab Bersatu merupakan sebuah negara mewah dan syurga beli-belah dunia.

Veyron malah bukan satu-satunya kenderaan mewah yang digunakan oleh Polis Dubai untuk melakukan rondaan.

Sebelum ini, pasukan keselamatan negara itu turut memiliki McLaren MP4-12C, Lamborghini Aventador, Ferrari FF, Mercedes SLS AMG, Roush Mustang, Bentley Continental GT, Audi R8 V01 Plus, Nissan GTR dan Mercedes SL36 AMG, memetik laporan stesen NDTV.

Penggunaan Veyron membolehkan pasukan polis negara itu memecut sehingga 407 km sejam dengan menggunakan enjin 16 silinder yang menghasilkan 1,000 kuasa kuda.

Janaan pecutan kenderaan ini untuk 0 hingga 97 km per jam mampu mencapai 2.5 saat, kata laporan itu lagi.

Ketua Polis Dubai, Lt. Saif Sultan Rashed Al Shamsi memberitahu Gulf News: “Cerita lucu yang kami alami ialah kebanyakan pelancong menghubungi kami di talian kecemasan dan bertanyakan tentang kereta-kereta ini.

“Mereka mahu tahu di mana kenderaan itu berada, di mana untuk mencarinya semata-mata untuk mengambil gambar.

Meskipun penggunaan Veyron menjadikan kenderaan Polis Dubai sebagai yang terlaju di dunia, ia tetap gagal menyaingi Hennessey Venom GT sebagai yang kenderaan paling pantas dengan kelajuan tertinggi mencapai 427 km per jam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru