Monday, August 8, 2022

Hospital Brunei diselubungi asap, 121 dipindahkan awal pagi semalam

Secara Rawak

BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei: Para petugas dan pesakit Pusat Perempuan dan Kanak-kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dekat sini cemas apabila asap tebal memenuhi bilik perubatan peralatan gas, dan seluruh tingkat lima bangunan berkenaan, awal pagi semalam.

Pihak Bomba dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.23 pagi dan satu jentera dengan kekuatan 12 anggota dari Bandar Seri Begawan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

“Pasukan telah berjaya mengawal keadaan dalam tempoh kurang 30 minit,” menurut kenyataan itu lagi.

Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Dr Awang Hazri Kipli ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, 121 pesakit telah dipindahkan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru