NEW DELHI: Kecil jangan dikatakan anak.

Inilah yang berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun  menjadi ayah termuda di India.

Satu rekod baharu di India meskipun mungkin tak dapat memadamkan rekod dunia.

Hasil ujian DNA menunjukkan kanak-kanak berkenaan merupakan ayah bagi bayi berusia dua bulan yang dilahirkan seorang gadis 16 tahun di Kerala, lapor Asia One.

Kanak-kanak lelaki itu mengikut doktor mengalami puberti awal sehingga dapat menjadi ayah dalam usia sangat muda.

Dia dan remaja perempuan yang melahirkan bayi itu merupakan sepupu di Kota Kochi, sekitar 200 kilometer dari ibu kota Kerala, Thiruvananthapuram.

Bayi yang terlahir daripada pasangan terbabit diserahkan kepada Suruhanjaya Perlindungan Anak kerana keluarga remaja perempuan menolak mengasuhnya.

Malah, mereka menuduh kanak-kanak lelaki itu merogol anak mereka, namun dinafikan kanak-kanak lelaki itu.

Katanya, hubungan mereka adalah berdasarkan rasa saling mencintai.

Difahamkan rekod ayah termuda di dunia dipegang oleh seorang kanak-kanak dari New Zealand yang berusia 11 tahun. – Sarawakvoice