Friday, October 7, 2022

Presiden FAM: Najib ucap tahniah kepada TMJ

TMJ lantik Mario Gomez jurulatih pasukan kebangsaan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri merakamkan ucapan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang disahkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Baginda menang  jawatan itu tanpa bertanding selepas Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menarik diri beberapa hari lalu.

Annuar Musa yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menarik diri daripada bertanding Khamis lepas kerana mahu memberi penghormatan dan laluan kepada Tunku Ismail serta demi kebaikan bola sepak negara.

“Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas kemenangan jawatan Presiden FAM,” kata Datuk Seri Najib Razak dalam catatan di laman Twitternya, malam tadi.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan Tunku Ismail menang jawatan Presiden FAM tanpa bertanding bagi penggal 2017-2021 sempena Kongres FAM ke-53 semalam.

Tindakan pertama yang diambil oleh TMJ  sebagai Presiden FAM ialah melantik  jurulatih dari Argentia Mario Gomez, menggantikan Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih pasukan kebangsaan.

Sementara itu, TMJ  dalam sidang media semalam berkata, Datuk Hamidin Mohd Amin kekal sebagai Setiausaha Agung FAM. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru