Thursday, December 8, 2022

Polis: Pejuang yang wakafkan nyawa dan jasad

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pas menyifatkan anggota polis sebagai “murabitun” dan “mujahidun”, para pejuang yang mewakafkan nyawa dan jasad mereka untuk kebaikan rakyat negara ini.

Justeru, kata  Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri didoakan semoga semua anggota polis sentiasa dirahmati Allah atas segala pengorbanan mereka menjaga keselamatan dalam negara.

Sehubungan itu, beliau berharap  agar berek polis diurus selia dengan baik agar mereka tidak perlu menyewa rumah di luar.

“Mereka mengharapkan agar segala tuntutan kewangan mereka dibayar dengan segera tanpa tangguh. Mereka mahu agar disediakan pusat pendidikan prasekolah agar mereka tidak perlu menghantar anak ke luar yang menambahkan bebanan kewangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam merupakan sambutan peringatan Hari Polis Ke-210.

Ujar beliau lagi, anggota polis  mahukan semakan semula kenaikan gaji yang sesuai dengan pertambahan kos sara hidup dan GST yang menekan mereka.

“Mereka mengharapkan elaun seumpama BRIM yang sesuai untuk anggota polis yang berkorban masa menjaga keselamatan rakyat. Mereka harap agar lebihan masa kerja mereka dihargai,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Khairuddin berkata, mereka mahu agar hak mereka untuk bercuti seperti mana penjawat awam lain diberikan dan bukan dibekukan.

“Mereka bergadai nyawa untuk rakyat Malaysia maka apakah pula ganjaran kita untuk mereka? Selamatkan anggota polis daripada bebanan kewangan dengan menyediakan gaji, elaun, kemudahan dan kebajikan terbaik untuk mereka,” katanya lagi.

Ketika berucap sempena Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-210 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan Kempen Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) bagi menjaga kebajikan pesara polis serta ahli keluarga mereka.

Najib mengumumkan sumbangan kerajaan sebanyak RM3 juta untuk dimasukkan ke dalam tabung berkenaan.

Perdana Menteri juga mengumumkan pembinaan bangunan baharu Pusat Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM100 juta di Semenyih, Selangor dengan kemudahan lebih canggih bagi menggantikan bangunan lama di Bukit Aman di sini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru