Saturday, December 3, 2022

Isteri jarang-jarang di rumah, anak saudara menjadi mangsa rogol ayah dan anak

Secara Rawak

JAKARTA:  Dalam kes pemerkosaan yang menggemparkan membabitkan ayah dan anak di Bekasi dekat sini, pelakuan itu dilakukan kerana lelaki itu dikatakan kesepian dan mempunyai kesempatan berbuat demikian.

Seorang pelajar sekolah menengah menjadi korban pemerkosaan oleh bapak serta anak yang merupakan bapa saudara dan sepupu mangsa.

Polis telah menangkap pelaku bernama Budi Rachmat, 54 tahun, dan anaknya, Dicky Darmawan, 22 tahun.

Komisioner Komisi Perlindungan Anak Indonesia Kota Bekasi, Sugeng Wijaya, yang dipetik tempo.com berkata, motif bapak dan anak itu memperkosa  pelajar perempuan, 16 tahun, ialah Budi Rachmat.

Budi dipercayai kesepian kerana jarang-jarang bertemu dengan  isteri. Sedangkan anaknya, Dicky, kerana pernah melihat bapaknya memperkosa sepupunya itu.

“Korban hanya tinggal bertiga dengan tersangka,” kata Sugeng.

Menurut Sugeng,  sejak kecil pelajar itu dititipkan di rumah Budi di Teluk Pucung, Bekasi Utara, kerana orang tuanya di Kabupaten Bogor tidak mampu membiayai persekolahan anaknya.

“Bapa saudaranya sepakat. Lagipun sudah tidak ada anak kecil,” jelas Sugeng.

Namun, lelaki itu bukan hanya mendidik, tetapi merogol atau melakukan kekerasan seksual terhadap pelajar itu sejak mangsa masih di  sekolah rendah lagi.

Pada mulanya hanya Budi yang melakukan perbuatan jijiknya itu, namun, pada 2014, Dicky mengintip perbuatan bapanya, lalu ikut-ikutan melakukan perbuatan tersebut.

“Orang tuanya tidak tahu anaknya juga melakukan perbuatan itu,” jelas Sugeng.

Katanya, perbuatan itu dilakukan kerana ada kesempatan cukup besar. Di rumah tersebut, hanya ada korban dan kedua-dua suspek.

Budi  melakukan perbuatan itu lantaran isterinya jarang-jarang pulang ke rumah.

“Isterinya kerja di Jakarta. Pulangnya kadang-kadang seminggu sekali, bahkan sebulan sekali,” katanya seperti dipetik media.

Diduga, hal ini yang membuat tersangka kesepian, apalagi kesempatan untuk mencabuli korban cukup besar.

Di bawah undang-undang berkaitan di negara ini, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun. – Sarawakvoice

Gambar hiasan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru