Sunday, August 14, 2022

Inflasi 4.5 peratus: Golongan berpendapatan rendah terima kesan paling buruk

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Golongan berpendapatan rendah menerima kesan paling buruk apabila kadar inflasi yang mencecah 4.5 peratus bagi Februari 2017.

Kenaikan mendadak  tiga kumpulan perbelanjaan utama iaitu pengangkutan, makanan dan minuman tidak beralkohol dan perumahan menyumbang kepada tekanan ditanggung golongan ini, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.

Semalam, Jabatan Perangkaan berkata, Indeks Harga Pengguna (IHP), ukuran inflasi, meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada 119.7 pada Februari 2017 berbanding 114.5 pada bulan yang sama tahun lepas.

Kos sara hidup dijangka merupakan antara isu utama yang mempengaruhi pola pengundian dalam pilihan raya umum akan datang.

“Oleh yang demikian, kenaikan harga barang yang telah mencecah kadar seolah-olah ekonomi negara sedang gawat membawa kesan yang paling buruk kepada golongan berpendapatan rendah,” ujar Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Menurut Rafizi, kadar inflasi terbaharu ini sangat membimbangkan kerana kadarnya tidak pernah mencecah 4.5 peratus di luar kegawatan sejak 1998.

Maksudnya, ujar beliau lagi, hanya dalam keadaan kegawatan ekonomi yang selalunya banyak didorong faktor luar negara juga yang menyaksikan kenaikan harga mendadak. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru