Friday, August 19, 2022

Exco FAM gagal ikut momentum TMJ akan ditunjuk jalan keluar

Mario Gomez Ketua Jurulatih baharu Harimau Malaysia, Ong Kim Swee latih skuad B23

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebentar tadi mengumumkan empat keputusan penting untuk badan induk itu dalam menjayakan proses transformasi dan revolusi bola sepak negara.

Dalam sidang media sejurus tamat Kongres FAM 2017-2021 di Hotel Hilton Petaling Jaya, Tunku Mahkota Johor memaklumkan Datuk Hamidin Mohd Amin kekal selaku Setiausaha Agung FAM.

“Namun semua tugas jawatankuasa akan dipantau sendiri oleh saya selalu presiden dan mereka yang gagal mengikut momentum, akan ditunjukkan jalan keluar.

Beliau turut mengumumkan, bekas pengendali JDT, Mario Gomez akan menyandang tugas Ketua Jurulatih Harimau Malaysia bermula minggu hadapan, dengan Ong Kim Swee kini diberikan tanggungjawab mengemudi skuad B23 tahun negara.

Tunku Ismail akan berjumpa sendiri dengan Ketua Jurulatih B23 negara, Frank Bernhardt bagi membincangkan masa depan pengendali dari Jerman itu di Malaysia .

Tugas pertama baginda bagaimanapun adalah untuk membersihkan “FAM” sebelum mula bertugas serta bersedia untuk mengagihkan hak penyiaran kepada setiap pasukan yang bertanding dengan syarat tiada isu kelewatan membayar gaji dan mempunyai program akar umbi.

Di sebalik harapan dan sinar baharu bola sepak negara itu, Tunku Ismail turut
merancang untuk merombak pelan pencarian dan pembangunan bakat bola sepak negara.

“Jika diteruskan seperti sekarang, persatuan dan kelab negeri tidak akan terlibat proses pencarian bakat baharu.

“Ia adalah tanggungjawab mereka yang bertanding dalam Liga Malaysia, bukannya pihak lain seperti FAM sendiri, Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan mahupun Sekolah Sukan Bukit Jalil,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru