ONTARIO: Kehilangan juruterbang selepas pesawatnya jatuh di Ontario, Kanada masih menjadi misteri yang belum terjawab.

Jurutebang pesawat Cessna 172 itu meninggalkan Lapangan Terbang Ann Arbor, Michigan, Amerika Syarikat pada Rabu lepas sebelum ia dilaporkan kemalangan.

Bangkai pesawat sewaan berkenaan ditemui di lokasi sekitar 450 kilometer dari Kanada.

Penyiasat tidak menemui jasad atau jejak kaki mangsa di lokasi kemalangan yang bersalji.

Bila dan bagaimana juruterbang berkenaan  meninggalkan pesawat masih menjadi misteri.
Penyiasat Peter Rowntree berkata, “satu-satunya jalan keluar melalui dua pintu kabin.”

Menurut Metro hari ini, Ahad, Peter berkata pesawat yang jatuh itu didaftar di Sekolah Penerbangan University of Michigan Flyers dan tidak memiliki kemudahan alat paracut atau payung terjun bagi tujuan kecemasan.

Sumber lain memberitahu, walaupun identiti juruterbang masih rahsia, namun diyakini dia warga China lulusan perguruan tinggi University of Michigan.

Juruterbang dikatakan berpengalaman dan menggunakan penerbangan pemanduan secara automatis menuju Harbor Springs.

Polisi menolak adanya motif bunuh diri dalam kejadian tersebut. – Sarawakvoice