KUCHING: Ibu pejabat Jabatan Tanah dan Survei semalam mengesahkan bahawa Projek Skim  Pembesaran Kampung Santubong yang berkemungkinan melibatkan kawasan tapak
bersejarah telah ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan media, jabatan itu memaklumkan Kerajaan telah mengarahkan Jabatan Muzium Sarawak untuk menjalankan penyiasatan lebih lanjut di tapak berkenaan bagi menentukan sama ada terdapat artifak-artifak bersejarah berbaki di kawasan projek tersebut.

“Bagi membolehkan kerja-kerja penyiasatan dilaksanakan, Jabatan Tanah dan Survei
Sarawak telah mengeluarkan arahan kepada kontraktor tersebut untuk memberhentikan kerja di lapangan berkuat kuasa semalam hingga 31 Mac.

“Kerja-kerja penyiasatan oleh Jabatan Muzium Sarawak dijadualkan pada 27 Mac.

“Jabatan Muzium akan mengemukakan laporan daripada penyiasatan  tersebut bagi menentukan tindakan selanjutnya kepada Kerajaan Negeri,” kata kenyataan itu lagi. – Sarawakvoice