Tuesday, December 6, 2022

Kelompok revolusi TMJ terajui kepimpinan FAM sehingga 2021

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diisytihar Presiden baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam Kongres FAM ke-53 di Hotel Hilton Petaling Jaya sebentar tadi.

Beliau akan menjawat peranan itu sehingga tahun 2021.

Seperti yang diramal, dua kerusi Timbalan Presiden turut dimenangi regu Tunku Ismail iaitu Datuk Subahan Kamal dan Datuk Wira Yusof Mahadi.

Kerusi Naib Presiden pula menyaksikan muka baharu seperti Mohd Joehari Ayub, Datuk Abdul Ghani Hassan, Datuk S Sivasundram dan Datuk Rosmadi Ismail.

Lapan Ahli Majlis Eksekutif pula dimenangi Datuk Ajisman Alias, Datuk Aminuddin Omar, Datuk Hishamudin Yahaya, Datuk Jefferey Low, Superintendan Md Dali Wahid, Christopher Raj, Subkhiddin Mohd Salleh dan Firdaus Mohamed.

Dua Ahli Majlis Eksekutif wanita yang menang ialah Dato’ Suraya Yaacob dan,
Shafizah Umamah Abdul Mutalib.

Kali terakhir FAM mengadakan kongres pemilihan adalah pada 25 Mei 2014.

Jawatankuasa baharu yang dirombak secara keseluruhannya ini mendapat sokongan Menteri Belia dan Sukan, Khairu Jamaluddin dan dijangka dapat melakar revolusi kepada bola sepak negara, yang kini di ambang kejatuhan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru