Saturday, December 3, 2022

Kerajaan sediakan pelbagai skim perumahan untuk rakyat

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang bekerja di negeri pembangkang turut layak memohon untuk Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) sekali gus membuktikan kerajaan tidak mengira fahaman politik, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Razak dalam entri blognya www.najibrazak.com berkata rumah PPA1M yang harganya kurang daripada RM300,000 dan lebih rendah daripada harga pasaran itu adalah bagi membantu penjawat awam di seluruh negara.

“Bukan itu sahaja penjawat awam yang bekerja di negeri pembangkang pun layak mohon. Ini bukti kerajaan tetap hulur bantuan tak kira fahaman politik,” katanya.

Najib menjelaskan beberapa program perumahan lain yang diusahakan kerajaan bagi ‘memenuhi impian dan kehendak rakyat’.

Najib berkata Program Perumahan Rakyat (PPR) diusahakan oleh kerajaan untuk memenuhi kehendak rakyat kategori B40, iaitu golongan berpendapatan rendah.

Rumah berkenaan, katanya, boleh dimiliki dengan harga yang rendah iaitu RM35,000 seunit di Semenanjung, dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Malah, kerajaan juga menyediakan PPR untuk disewa pada kadar RM124 sebulan sahaja,” katanya.

Di samping itu satu skim baru, skim sewa beli telah pun diperkenalkan yang mana pada peringkat awal rumah itu disewa dan kemudian dapat dimiliki oleh penghuni yang berkenaan, katanya.

Bagi rumah PR1MA pula, adalah untuk rakyat kategori M40 iaitu berpendapatan sederhana, terletak di lokasi yang strategik di tengah-tengah bandar ataupun pinggir bandar dengan harga antara RM150,000 hingga RM400,000 seunit dan dijual pada harga tidak kurang 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru