CUMBRIA: Sally Thomson, 39 dari Carlisle, Cumbria di barat England, merebus enam biji telur untuk sarapan pagi itu.

Ketika dia duduk dan menghadapi dietnya itu, Sally terasa ada objek asing di dalam mulutnya.

Dia mengeluarkannya dan terperanjat apabila mendapati ia berkilauan sebelum mengesahkan sendiri objek tersebut ialah berlian.

Foto Thomas Temple

Pakar memberitahu, berlian itu kemungkinan dimakan oleh ayam dan kemudian berpindah ke dalam telur.

Sally berkata sebagaimana dilaporkan Mail Online pada Jumaat, “saya cuba menurunkan berat badan sebelum melangsungkan perkahwinan dengan memakan telur beberapa hari.

“Saya mengambil satu, dikupas dan memasukkannya sedikit ke dalam mulut ada terkejut apabila rasa ada sesuatu objek lain di dalam mulut saya,” kaya Sally.

Dia mengaku percaya bahawa berlian itu memberi petanda ada sesuatu yang berlaku berkaitan masa depannya.

”Saya tidak tahu apa petandanya, tetapi ia sangat nyata. Ia batu yang sangat kecil,” kata Sally.

Apabila kisahnya disiarkan di dalam Facebooknya, banyak komen yang diterima berkaitan cara bagaimana batu permata itu boleh masuk ke dalam telur ayam.

Sally bagaimanapun masih khuatir jika ada seseorang telah kehilangan batu permata itu. – Sarawakvoice