Friday, September 30, 2022

Mukhriz sahut pemimpin Umno berdebat 29 Mac

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyahut cabaran bekas pegawai khas politiknya, Haris Che Mat untuk debat terbuka atas dakwaan kekayaannya, lapor New Straits Times.

Mukhriz, mencadangkan debat mengenai keupayaan beliau menjadi jutawan dalam masa singkat itu diadakan pada 29 Mac diadakan di Pokok Sena dan bukannya Jerlun.

Semalam Haris yang juga timbalan ketua Umno bahagian Pokok Sena,  berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam itu perlu memberi penjelasan mengenai kekayaan yang dimiliki kepada orang ramai.

“Saya serta orang ramai sangat ingin tahu sama ada beliau menjadi kaya raya atas usaha sendiri atau sebaliknya. Ini kerana setahu saya, beliau bukan daripada keturunan hartawan,” beliau dipetik sebagai berkata.

“Saya mahu Mukhriz isytiharkan bagaimana beliau dan abang-abangnya sebagai bekas anak Perdana Menteri boleh menjadi jutawan dalam masa singkat,” ujarnya.

Mukhriz yang juga timbalan presdien Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) menurut NST  menerima cabaran perbahasan tanpa syarat.

Jika debat itu diteruskan ini bermakna Mukriz dan ayahnya akan berdebat dengan dua orang pemimpin Umno.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka berdebat dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz pada 7 April berkaitan isu 1MDB, BMF dan beberapa isu semasa lain. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru