PONTIANAK: Sarawak merupakan kawasan penyeludupan dadah terbesar ke  Kalimantan, Indonesia, kata Timbalan Badan Narkotika Nasional (BNN) Inspektur Jenderal Arman Depari di Pontianak.

Dadah berkenaan, ujarnya, diseludup melalui pos batas lintas negara  di Entikong, Kabupaten Sanggau dari  Tebedu.

“Kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia sudah dilakukan dengan tukar-menukar informasi dan penangkapan pelaku. Tapi faktanya penyeludupan dadah dari Sarawak terus terjadi,” jelas Arman seperti dipetik tempo.com.

Perbatasan darat Kalimantan Barat dengan Sarawak Malaysia adalah sepanjang 750 kilometer.

Ratusan pintu tidak rasmi dikenali sebagai jalan tikus menghubungkan kedua-dua negara ini dipercayai turut digunakan penyeludup terbabit.

Pada 20 Mac lalu, BNN menembak mati bandar sekali gus pengedar dadah di Jalan Adi Sucipto, Kubu Raya, Kalimantan Barat. Lim Lie Po alias Apoy, bandar bahan  terlarang itu, kedapatan membawa 11 kilogram sabu-sabu.

“Suspek berusia 50 tahun. Tercatat sebagai pengedar dalam kes dadah,” 

Menurut Arman, Apoy ditumpaskan ketika melawan petugas yang hendak menangkapnya. Apoy sempat dibawa ke hospital, namun meninggal di tengah jalan.

Apoy dipercayai memperoleh dadah dari Gusdiman alias Godeng dan Wahyudi alias Tedung, yang merupakan pengedar dadah.

“Sabu-sabu berbentuk kristal ini dibawa dari Malaysia, yang diseludupkan di dalam dinding kereta,” ujarnya. – Sarawakvoice