PERTH: Gila dan gila!  Atas alasan gadis kecilnya terlalu cantik seorang ayah sanggup membakar kedua-dua puterinya berusia tiga dan tujuh tahun.

Edward Herbet, warga Australia mengaku perbuatan kejinya itu dan berkata sebagai ayah dia berhak melakukan apa sahaja terhadap anaknya sendiri.

Bagaimanapun, menurut laporan Metro pada Khamis, jiran bernama Daniel McMillan memberitahui, dia menemui beberapa botol arak di dapur rumah Herbert.

Dalam soal siasat di mahkamah, Herbert dikatakan masuk ke bilik gadis kecilnya itu pada tengah malam kemudian menyiram mereka dengan petrol dan menghidupkan api di hadapan isterinya ketika itu.

Anaknya yang berusia tiga tahun terpaksa dibedah kerana mengalami kesan lecur parah pada anggota tubuh bahagian atas dan pada wajahnya.

Sementara, anaknya yang seorang lagi hanya mengalami cedera ringan.

Mahkamah mempertimbangkan untuk memeriksa tahap kesihatan mental Herbert sebelum memutuskan untuk mengenakan hukuman penjara. – Sarawakvoice