Friday, September 30, 2022

Pemimpin Umno paling jantan berdebat dengan Mahathir pada 7 April

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Selepas polis tidak memberi permit bagi debat di Kuala Kangsar Perak antara Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kini Nazri mahu debat itu ditangguhkan ke 7 April.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan turut meminta pihak penganjur untuk mengadakan debat itu di kawasan pejabat Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam.

“Saya minta pihak penganjur supaya debat itu diadakan di kawasan pejabat itu kerana ia tidak memerlukan keizinan pihak polis,”’ katanya pada sidang media di Parlimen semalam.

“Ia juga bukan perhimpunan awam. Ia tertakluk dalam kawasan Karangkraf dan mereka dalam proses menghubungi pihak Tun (Dr Mahathir) untuk memberitahu apa yang telah dipersetujui ini,” katanya.

Semalam Polis Perak menolak permohonan permit untuk program debat itu kerana penganjur lewat menghantar permohonan bagi program itu.

Lokasi asalnya di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kangsar, Perak, juga mendapat bantahan orang awam dan penduduk di sekitar kawasan itu.

Kedua-dua pihak bersungguh-sungguh untuk mengadakan debat itu. Pertemuan itu dianggap sebagai buku bertemu ruas, dan kedua-duanya mempunyai kelebihan darisegi kekuatan berhujah.

Mahathir terkenal dengan sikap sinis dan hujah tajam, manakala Nazri terkenal dengan keberaniannya sehingga disifatkan pembangkang sebagai pemimpin Umno paling jantan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru