Saturday, December 3, 2022

Pejabat PM nafi Najib keluarkan surat raih bantuan, kesetiaan PRU14

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk meraih bantuan dan memberi kesetiaan kepada beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Penyebaran surat palsu itu merupakan usaha pihak tertentu yang cuba memperlekehkan kedudukan Perdana Menteri bagi tujuan kepentingan politik mereka, kata Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Iskandar Mohd Kaus hari ini.

Beliau berkata Pejabat Perdana Menteri dimaklumkan bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab telah mengedarkan surat itu yang kononnya daripada Najib.

“Surat palsu yang diedarkan itu menggunakan kertas rasmi kerajaan dan (kononnya) ditandatangani sendiri oleh YAB Perdana Menteri telah dikirimkan kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif organisasi swasta dan syarikat kepunyaan kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Sehubungan itu, katanya, Pejabat Perdana Menteri akan membuat laporan polis berhubung penyebaran surat palsu itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru