Friday, September 30, 2022

Debat Tun Mahathir-Nazri ditunda 7 April di Karangkraf Shah Alam

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tidak berputus asa dengan larangan pihak polis agar debat tidak diteruskan Sabtu ini, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengemukakan tarikh dan lokasi baharu untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Debat tersebut diadakan pada 7 April depan bertempat di kawasan pejabat penganjur, Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam.

Sebelum ini, polis menolak permohonan permit debat berkenaan di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kangsar, Perak pada Sabtu ini kerana penganjur lewat menghantar permohonan bagi program berkenaan.

Bahkan, penduduk setempat turut membantah  program tersebut diadakan di kawasan mereka.

Sementara, menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tarikh debat 29 Mac pula beliau  mengikuti rombongan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke India.

Menurut Nazri, beliau minta debat pada tarikh terbaru itu diadakan di kawasan pejabat penganjur di Karangkraf yang tertutup dan tidak memerlukan permit polis.

“Saya harap tiada lagi halangan daripada polis. Jika semuanya berjalan lancar, kita akan berjumpa pada 7 April pukul 9.30 malam di Karangkraf,” katanya Nazri pada sidang media di Parlimen pada Selasa.

Nazri berkata, pihak penganjur menghubungi Tun Mahathir bagi memberitahu perubahan tarikh dan tempat baharu itu.

Nazri menjemput Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menjadi moderator. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru