Sunday, December 5, 2021

Mayat mangsa bot karam di jeti pasar baharu Kapit ditemui di Song

Secara Rawak

SONG: Setelah tiga hari dilaporkan hilang, mayat seorang lelaki akhirnya ditemui terapung di SK Nanga Temalat dekat sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii memberitahu, mayat pemuda berusia 19 tahun itu ditemui sekitar jam 1.12 petang oleh anggota keluarganya.

“Ia sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang telah memasuki hari ketiga,” katanya lagi.

Mangsa katanya, dilaporkan hilang oleh keluarganya setelah perahu yang dinaiki karam berhampiran jeti Pasar Baharu Kapit.

“Sejurus mendapat maklumat, kita telah mengaktifkan pasukan SAR yang membabitkan tiga buah balai iaitu Balai Bomba Song, Kanowit dan Kapit.
“Pasukan SAR Song telah bergegas ke lokasi mayat dijumpai untuk mendapatkannya sebelum menyerahkannya kepada pasukan SAR Kapit, untuk urusan seterusnya di Hospital Kapit.

Kata Ling Hii, pihaknya berterima kasih kepada pasukan SAR yang merangkumi 15 anggota bomba, dua anggota bomba sukarela, dua anggota polis dan 21 penduduk kampung dalam menjayakan operasi ini.

Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk proses bedah siasat. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru