Kerajaan Pusat komited bina, perbaiki prasara 183 sekolah daif S’wak

MIRI: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, Kerajaan Pusat komited secara berterusan memperbaiki prasarana 183 sekolah daif yang mendesak di Sarawak.

Bercakap selepas melawat projek baik pulih Sekolah kebangsan Kampung Luak pada Sabtu, Ali Hamsa berkata, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam proses memperbaiki kemudahan di sekolah daif di Sarawak.

Sejumlah 183 sekolah daif di Sarawak dikenal pasti begitu terdesak untuk dibaik pulih dan dipertingkatkan prasarananya demi kesejahteraan guru dan pelajar sekolah berkaitan.

Terdapat beberapa sekolah diganti dengan bangunan baru yang menggunakan teknologi Sistem Bangunan Berindustri (IBS), sementara yang lain masih diperbaiki mengikut pembinaan biasa.

Ali Hamsa memberi respons bahawa beliau berpuas hati dengan pelaksanaan projek dewan SK Kampung Luak berharga RM120,000 serta kerja pembaikan lain yang dilaksanakan oleh ICU.

Ali Hamsa turut berjanji membina kuartres baharu bagi menggantikan kuarters kakitangan yang usang sekolah terbabit. – Sarawakvoice