Saturday, December 3, 2022

Abang sendiri antara disiasat pukul adik hingga mati kerana curi kasut bundle

Secara Rawak

SEREMBAN: Dipercayai mencuri sepasang kasut sukan jenama Adidas berharga RM200 dari premis kedai bundle di Jalan Merlin, Tampin pada pagi Sabtu, lelaki bernama Wan, 27, dipukul hingga mati sekumpulan lelaki.

Sekumpulan lelaki berkenan ditahan termasuk abang mangsa sendiri serta pemilik kedai dan dua pekerja lain bagi membantu siasatan kematian Wan.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Hamazah Ab Razak, abang mangsa turut ditahan berikutan terdapat saksi ternampak dia turut menendang mangsa semasa dia ditahan di premis tersebut.

Sebelum itu, pengadu sendiri melaporkan bahawa pada 4.45 pagi Sabtu, ketika memandu dia terserempak sekumpulan orang ramai di tepi jalan melihat lelaki terbaring di tepi jalan.

Menurut Bernama, Hamazah dalam kenyataannya pada Sabtu berkata, pengadu mendapati lelaki tersebut ialah adik lelakinya sendiri Wan, dan dia terus membawa mangsa ke hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan, namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Siasatan awal polis mendapati sebelum kejadian berlaku, polis menerima laporan sekitar 2 pagi apabila pemilik kedai terserempak Wan masuk ke dalam kedainya bersama seorang perempuan dan mendapati mangsa memakai kasut Adidas berwarna biru.

Hamazah berkata, mangsa mungkin mencuri kasut tersebut dengan cara menyarungkan kasut berkenaan bagi mengelak perbuatannya disedari.

Hamazah berkata polis masih menyiasat punca kejadian sebenar dan mencari suspek sebenar yang memukul mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Sarawakvoice

Gambar hiasan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru