AS, Korea S tolak usul China agar berdamai dengan Korea U

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) tegas menolak cadangan China yang memintanya agar berdamai dengan Korea Utara yang dianggap sebagai “orang tidak rasional”.

Sebelum ini, China mengusulkan agar AS-Korea Selatan berhentikan melakukan latihan tentera bersama.

Pada masa yang sama, Korea Utara diminta menghentikan kegiatan nuklearnya demi perdamaian tersebut.

Menteri Luar China, Wang Yi mengusulkan kompromi terhadap kedua-dua pihak.

Analogi dibuat oleh Wang ialah, Korea Selatan dan AS umpama dua buah kereta api laju dan China berperanan sebagai lampu merah dan menjadi landasan pada dua kereta api laju itu.

China sebelum ini turut memprotes AS memasang sistem peluru berpandu pertahanan Terminal High Altitude Area Defense (THAAD) di Seoul.

Jurucakap Jabatan Luar Mark Toner menyatakan, latihan bersama antara AS- Korea Selatan tidak sesuai disamakan dengan pelanggaran ujian peluru berpandu yang dilakukan oleh Korea Utara.

Korea Selatan turut bertegas menolak cadangan China tersebut.

Manakala, wakil AS ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley menurut Time pada Khamis berkata, AS tidak wajar meninggalkan sekutunya berdepan dengan ancaman Korea Utara.

Haley berkata pihaknya mengharga sebarang cadangan dan rundingan tersebut, namun mereka belum melihat Korea Utara sedia untuk berubah dan bersikap baik.

Harley malah berkata, “kita tidak berurusan dengan orang yang berfikiran rasional.”

Duta Besar Korea Selatan, Cho Tae-yul menyebut, cara untuk menghentikan Korea Utara adalah dengan mengenakan sekatan antarabangsa dan bukan dengan membincangkan latihan kerjasama tentera AS-Korea Selatan. – Sarawakvoice