MOSCOW: Menurut Reuters, Komandan Pasifik Amerika Syarikat (AS) Laksamana Harry Harris, provokasi Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu terbarunya, hanya mengukuhkan cadangan AS dan sekutunya untuk memasang Terminal High Altitude Area Defense (THAAD) bagi melindungi Korea Selatan.

THAAD dibangunkan oleh kontraktor pertahanan AS, Lockheed Martin merupakan sistem pertahanan peluru berpandu yang mampu menangkis peluru berpandu balistik jarak pendek dan jarak sederhana.

Sistem rudal THAAD menggunakan teknologi pengesan inframerah untuk meledakkan sasarannya.

Sebelum ini, Harry mengesahkan AS sudah mula memasang sistem pertahanan THAAD di Seoul.

Tujuan pemasangan THAAD adalah untuk melawan ancaman serangan peluru berpandu balistik Korea Utara terhadap Korea Selatan.

Dua negara musuh AS, Rusia dan China seperti biasa mengutuk tindakan AS menyebarkan THAAD di Seoul.

Seorang pegawai Rusia melihat, tindakan AS memasang THAAD adalah sebagai provokasi dalam perseteruannya menentang Rusia.

Menurut Interfax pada Rabu, pemimpin Jawatankuasa Pertahanan dan Keselamatan Parlimen Rusia Victor Ozerov berkata pemasangan THAAD di Seoul oleh AS dapat menjadi langkah lanjut menentang Rusia pada masa akan datang.

Rusia menganggap penyebaran THAAD hanya akan menemui jalan buntu dan tidak menyelesaikan ketegangan Korea Selatan dengan Korea Utara, malah menambahnya.

Kementerian Luar China puola dalam reaksinya menyatakan Beijing dengan tegas menentang pemasangan THAAD oleh AS di Seoul.

China berulang kali mendakwa THAAD hanya mencacatkan kemampuan peluru berpandu balistik Beijing. – Sarawakvoice