Tuesday, August 16, 2022

Lelaki maut motosikal rempuh Hilux di Serian awal pagi tadi

Secara Rawak

SERIAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah pacuan empat roda di Taman Anggerik, Jalan Serian dekat sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri,Tiong Ling Hii berkata, pihaknya mendapat maklumat sekitar jam 1.59 pagi dan sebuah jentera serta ambulans EMRS dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian.

“Tiba dalam tempoh lima minit, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kenderaan Hilux; yang mengakibatkan penunggang motosikal tersebut maut di tempat kejadian.

“Setelah pengesahan oleh pasukan paramedik, pasukan membantu mengangkat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Pihak bomba, katanya kemudian melakukan aktiviti pembersihan di jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Mengsa kemudian dikenal pasti sebagai Irwandi, 32 tahun.

Kes diserahkan kepada pihak polis, kata Ling Hii lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru