Lelaki mati terkubur ditindih 6 tan majalah lucah

0
3

TOKYO: Enam bulan tidak membayar sewa apartmen, si pemilik mahu mencari penyewa lalu memasuki rumah sewaan dan amat terkejut menjumpai penyewa sebenarnya sudah pun meninggal dunia!

Bagaimanapun, trajisnya penyewa lelaki bernama Joji, 50, mati tertindih koleksi majalah porno seberat enam tan di dalam apartmen berkenaan.

Joji, bekas pekerja kilang kereta sudah meninggal enam bulan lepas, tetapi tidak pasti adakah dia mendapat serangan jatuh atau memang maut selepas ditimpa rak yang mengandungi koleksi majalah lucah yang turut berselerak di rumah sewa itu.

Dailymail pada Sabtu melaporkan, pemilik apartmen terpaksa mengupah pekerja membersih dan membuang semua koleksi majalah lucah berkenaan demi menjaga maruah mangsa dan keluarga.

Kumpulan pekerja yang membersih lokasi mangsa yang mati itu membayangkan, meskipun Joji masih sedar semasa ditimpa rak, suaranya akan dibungkamkan oleh timbunan majalah yang banyak itu.

Bahkan, hampir setiap tempat di apartmen tersebut termasuk di meja dan tempat lain dipenuh majalah lucah yang berselerak. – Sarawakvoice