Monday, August 15, 2022

Tiga beranak mewah lebih setengah juta hasil jual dadah di Lawas

Secara Rawak

KUCHING: Tiga beranak yang ditahan polis di Lawas pada Isnin lepas, hidup serba mewah dengan hasil dadah yang dimiliki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sarawak, Superitendan Sahar Abdul Latif berkata, mereka mengaut keuntungan yang besar, hingga mampu memiliki harta benda yang bernilai lebih setengah juta ringgit.

Dalam serbuan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak dan dibantu IPD Kuching dan IPD Lawas di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gaya Lama itu, polis merampas empat buah kenderaan jenis Toyota Camry, Honda, Proton Suprima dan Proton Iriz.

“Turut disita dua buah motosikal jenis Yamaha, barang kemas, sejumlah wang tunai dalam mata wang tempatan dan asing serta telefon bimbit.

Jelas Sahar, suami isteri dan anak lelaki mereka kini ditahan selama 60 hari untuk siasatan lanjut.

“Mereka ditahan dandisiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985,” tambahnya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru