Keputusan STPM Sarawak sangat memuaskan – Pengarah Pendidikan

KUCHING: Keputusan STPM untuk negeri Sarawak pada tahun lepas adalah pada tahap yang sangat memuaskan, berbanding pada tahun sebelumnya.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Rakayah Madon berkata, ini berdasarkan
peningkatan dalam Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sebanyak 2.59
berbanding PNGK 2.48 pada 2015.

Menurutnya, seramai 5,290 calon telah mendaftar untuk menduduki Peperiksaan
STPM di Sarawak pada tahun 2016 berbanding dengan 5,466 calon pada
tahun 2015.

“Daripada jumlah ini, 5,272 (99.65 peratus) merupakan calon Sekolah
Menengah Kebangsaan sementara 18 orang (0.34 peratus) adalah calon persendirian.

“Secara keseluruhannya, seramai 4,680 orang atau (98.11 peratus) calon sekolah
telah mendapat sijil STPM pada tahun 2016 berbanding dengan 4,861 calon
(96.39 peratus) tahun lepas iaitu meningkat sebanyak 1.72 peratus.

Daripada jumlah calon tersebut tambahnya, seramai 13 calon (0.27 peratus) lulus penuh dalam 5 mata pelajaran (5P), 3,075 calon (64.47 peratus) lulus penuh dalam 4 mata pelajaran (4P), 817 calon (17.13 peratus) lulus penuh dalam 3 mata pelajaran (3P), 455 calon (9.54 peratus) lulus penuh dalam 2 mata pelajaran (2P) manakala 320 calon (6.71 peratus) lulus penuh dalam satu mata pelajaran (1P).

Keputusan Peperiksaan STPM 2016 diumumkan di seluruh Negara pada
semalam.

Katanya, dari segi pencapaian individu pula, seramai 58 pelajar atau 1.26 peratus calon Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Sarawak telah berjaya mencapai PNGK 4.00 pada tahun lepas berbanding 18 pelajar atau 0.36 peratus pada tahun 2015.

“Prestasi tersebut menunjukkan pertambahan bilangan calon yang ¬†memperoleh PNGK maksimum 4.00 yang amat ketara jika dibandingkan prestasi ¬†tahun 2015 iaitu pertambahan seramai 40 orang calon.

“Manakala 1,428 atau 29.94 peratus calon mendapat PNGK 3.00 ke atas berbanding 1,256 atau 24.90 peratus pada tahun 2015.

Sebanyak 21 buah sekolah pula telah mencapai keputusan STPM 2016 yang sangat memberangsangkan iaitu PNGK melebihi 2.80.

Sekolah-sekolah ini ialah SMK Sacred Heart, Sibu 3.36, SMK Chung Hua, Sibu 3.17, SMK Tung Hua, Sibu 3.07, SMK St. Thomas, Kuching 3.02 , SMK Lanang, Sibu 2.99 dan SMK Bandar Sibu, Sibu 2.98.

Turut cemerlang SMK Jalan Oya, Sibu 2.97, SMK Tarat, Samarahan 2.97 , SMK Methodist, Sibu 2.93, SMK Chung Hua, Miri 2.91, SMK Agama Miri, Miri 2.90 dan SMK Batu Kawa, Kuching 2.90.

SMK St. Anthony, Sarikei pula memperoleh 2.89, SMK Pusa, Betong 2.89, SMK Teknik Sejingkat, Kuching 2.88, SMK Oya, Dalat 2.86 dan SMK Kampung Nangka, Sibu 2.85 .

Sementara SMK Wira Penrissen, Kota Samarahan mendapat 2.83 , SMK St. Joseph, Kuching 2.81, SMK Green Road, Kuching 2.81 dan SMK Bako, Kuching 2.81. – Sarawakvoice