Monday, August 15, 2022

Banjir jejas 710 murid, 8 sekolah tutup di utara Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Lapan buah sekolah ditutup menyebabkan 710 murid tidak bersekolah selepas banjir melanda utara Sarawak.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, sekolah-sekolah yang terjejas ialah SK Long Bemang dengan 103 murid, SK Long Panai (38), SK Long Atip (15) dan SK Long Sobeng (29).

Turut tidak beroperasi SK Long Loyang (117), SK Rumah Ranggong (91), SK Ukong (96) dan SK Nanga Medamit (221).

Menurutnya lagi hujan sejak pagi dilaporkan turun di Kuching, Samarahan dan Miri.

Sehingga pagi tadi katanya, satu pusat pemindahan iaitu Dewan Masyarakat Medamit, Nanga Medamit masih aktif bagi menangani mangsa dari Rumah Asan, Kampung Semena dan Kampung Hujung di Nanga Medamit yang terjejas.

“Ia melibatkan 136 keluarga dan 415 mangsa.

Pada masa yang sama katanya, proses pemantauan masih dijalankan di kawasan yang menunjukkan trend menaik iaitu sungai berhampiran Jalan Bintulu-Belaga dan Long Panai.

“Kedua-duanya telah melepas paras bahaya,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru