JAKARTA: Kerajaan Indonesia telah menggunakan hak kekonselerannya untuk menemui dan mendapatkan cap jari Siti Aisyah dikirimkan ke sini.

Menteri Luar Reto LP Marsudi berkata, hasil cap jari dikirim ke sini untuk dipadankan. “Kami selalu berhubung dengan Menteri Luar Malaysia dalam tangani kes Siti Aisyah.

Ibu tunggal berusia 25 tahun merupakan tersangka dalam kes prmbunuhan Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin tertinggi Korea Selatan.

Reto yang kini berada di Sydney, Australia berkata, beliau telah menelefon kedutaan Indonesia untuk mendapatkan maklumat tentang cap jari yang dijalankan.

“Daripada pasport memang warganegara Indonesia, tetapi harus dipastikan pemegangnya sama dengan orangnya sehingga harus dilakukan prngecaman cap jari,” ujarnya.

Akses kekonsuleran untuk Indonesia diperoleh Sabtu dan kini kerajaan menyediakan peguam untuk Siti Aisyah yang berasal dari Banten dekat sini.

Media di Indonesia hari ini berkata, Siti Aisyah mengaku dibayar RM400 kerana didakwa untuk berlakon dalam drama realiti atau “prank”.

Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Andriano Erwin dipetik sebagai berkata, keadaaan kesihatan Siti Aisyah adalah baik namun mengakui keadaan psikologi perlu pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata tempoh reman Siti Aisyah akan berakhir 1 Mac.

Terdahulu Andriano dan pasukanya telah melakukan kunjungan ke lokasi penahanan Siti Aisyah di Balai Polis Cyberjaya. – Sarawakvoice