Friday, October 7, 2022

Jokowi: Indonesia terus dampingi Siti Aishah

Secara Rawak

JAKARTA: Kerajaan Indonesia semalam memberi jaminan akan memberi perlindungan undang-undang kepada Siti Aishah yang kini ditahan susulan pembabitannya dalam kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.

Presiden Joko Widodo berkata, pihak berkuasa Indonesia terus memantau perkembangan kes pembunuhan itu yang membabitkan ibu tunggal berusia 25 tahun yang berasal dari Bantan dekat sini.

Media utama Indonesia terus memberi liputan terhadap kes terbabit.

“Penting akses konsuler terhadap warganegara Indonesia di luar negara agar kerajaan hadir mendampingi,” kata Jokowi selepas melancarkan program bantuan barang keperluan di sini semalam.

Ujarnya, ketika ini kerajaan masih menunggu kepastian dan proses undang-undang di Malaysia.

“Saya sudah sampaikan pesan kepada Menteri Luar supaya Siti terus didampingi,” katanya lagi.

Selain Siti Aishah, seorang lagi wanita berasal dari Vietnam menjadi tersangka dalam kes pembunuhan Jong-nam di KLIA2.

Sementara itu Duta Malaysia di Indonesia Zaharain Mohamed Hashim berkata, akses kekonsuleran belum dapat diberi kepada Siti Aishah selagi proses siasatan masih diteruskan.

“Kami tidak bertujuan tidak memberikan akses konsuler. Kita perlu hormati kehendak polis Malaysia dalam menjalankan siasatan sesuai dengan undang-undang,” katanya.

Menurut undang-undang Malaysia, tambahnya, polis tidak boleh membenarkan suspek menemui sesiapa pun demi kepentingan siasatan.

Namun, ujarnya kepada media di sini, seorang tersangka dapat ditahan selama 21 hari untuk menjalani siasatan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru