Saturday, December 3, 2022

Aju gik, kita belajar dialek Melayu S’wak dalam talian MOOCs Unimas

Secara Rawak

SAMARAHAN: Hampir 20,000 pelajar pelbagai negara mendaftar kursus dalam talian Massive Open Online Courses (MOOCs) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di laman sesawang www.openlearning.com/unimasmooc.

Terdapat 14 kursus pembelajaran MOOCs Unimas dalam talian yang terbuka secara percuma kepada orang ramai termasuk penawaran kursus pembelajaran Dialek Melayu Sarawak.

Kursus lain yang ditawarkan ialah Biodiversiti dan Fisiologi Haiwan yang sesuai dengan persekitaran Sarawak disediakan oleh ahli akademik Unimas sendiri.

Kandungan kursus berkenaan menonjolkan hidupan unik, serba eksotik serta kekayaan dan kepentingan hutan hujan Sarawak.

Turut ditonjolkan dalam MOOCs ini ialah kepelbagaian budaya dalam persekitaran rantau Etnografi Borneo.

Menurut Timbalan Canselor Unimas Profesor Dato’ Mohamad Kadim Suaidi, lebih banyak kursus turut dibangunkan pada tahun ini.

Sementara, pengenalan kursus Dialek Melayu Sarawak dianggap sebagai pencapaian membanggakan buat Unimas.

Kadim melihat Unimas mengembangkan pendidikan tanpa sempadan ICT bagi meluaskan akses sistem pendidikan semasa di negara ini.

Bercakap pada Majlis Perasmian MOOCs Unimas dan MOOC Studio di Fakulti FEP Unimas, Kadim mahu Unimas menjadi entiti penting memperluas peluang pendidikan universiti bagi menyediakan pembelajaran fleksibel dan universiti sepanjang hayat berskala tinggi.

Pada majlis tersebut turut berlangsung acara menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Unimas dengan OpenLearning Global (M) Sdn Bhd.

Perjanjian berkenaan merapatkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam penyampaian MOOC serta pemberian sijil kepada pelajar di seluruh dunia. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru